MENU UTAMA | PENGENALAN | DEFINISI | DALIL | CIRI-CIRI | PUNCA-PUNCA | PUNCA LAIN | KEPENTINGAN |

Friday, September 27, 2019

Punca-punca Lain Lunturnya Kesantunan Bahasa

i)Ibubapa:

   Faktor-faktor lain yang menyebabkan lunturnya kesantunan bahasa ialah ibu bapa. Ibu bapa merupakan ‘role model’ kepada anak-anak. Maksudnya, apa-apa yang dilakukan oleh ibu bapa akan diikuti anak-anak. Dalam masalah ini, ibu bapa kurang memainkan peranan dalam mendidik anak-anak mengenai budi bahasa. Hal ini bermaksud, ibu bapa hendaklah berbudi bahasa ketika bercakap dengan anak-anak supaya tingkah laku ini dicontohi mereka. Seterusnya, ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan anak-anak. Hal ini akan mendorong anak-anak untuk berkelakuan negatif. Ibu bapa juga terlalu mengharapkan guru/pendidik di sekolah mendidik anak-anak mereka tentang kesantuna bahasa. Ibu bapa tidak sedar bahawa anak-anak itu lebih selesa dengan didikan mereka dan anak-anak mudah mengikuti didikan ibu bapa. Masalah ini juga berpunca daripada ibu bapa yang tidak menekankan aspek budi bahasa dalam diri anak-anak.

ii)Kemajuan Teknologi:

    Seterusnya, kemajuan teknologi juga merupakan punca lunturnya kesantunan bahasa. Seperti yang kita tahu, pada zaman kini, manusia banyak menghabiskan masa dengan media sosial. Tanpa kita sedar, mereka banyak terpengaruh dengan budaya-budaya luar yang tidak baik. Kemajuan teknologi banyak memberi kesan yang negative kepada remaja. Contohnya, dari segi pakaian. Remaja di Malaysia banyak mengikuti cara budaya luar berpakaian. Remaja juga terpengaruh dengan budaya luar yang tak mementingkan budaya budi bahasa.

iii)Diri Sendiri:

    Bukan itu sahaja, lunturnya kesantunan bahsa juga berpunca daripada diri sendiri, remaja atau masyarakat.. Mereka menganggap kesantunan bahasa itu tidak penting dan mereka mengabaikan perkara tersebut. Tanpa mereka sedar, orang yang mengamalkan kesantunan bahasa merupakan orang yang dapat membentuk masyarakat yang harmoni, aman dan damai. Remaja di Malaysia juga mempunyai pengetahuan yang cetek tentang kesatunan bahsa dan lebih bangga dengan budaya luar berbanding budaya sendiri. Masalah ini juga berpunca daripada masyarakat yang kurang didikan agama dan kurang perpaduan negara.

iv)Sekolah:

    Selain itu, punca lunturnya kesantunan bahasa ialah sekolah. Sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk kesantunan bahasa pelajar, kerana mereka banyak menghabiskan masa di sekolah. Puncanya ialah, kempen di sekolah kurang berkesan. Kempen yang tidak berkesan adalah sia-sia dan tidak dapat mengubah apa-apa. Justeru itu, pihak sekolah hendaklah merancang sebaik mungkin jika hendak mengadakan kempen supaya kempen tersebut dapat memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Punca yang seterusnya ialah guru-guru yang kurang menekankan aspek berbudi bahasa dan lebih mengutamakan aspek peperiksaan. Maka dari situ lahirlah masyarakat yang tidak mementingkan kesantunan bahasa.

No comments:

Post a Comment