MENU UTAMA | PENGENALAN | DEFINISI | DALIL | CIRI-CIRI | PUNCA-PUNCA | PUNCA LAIN | KEPENTINGAN |

Friday, September 27, 2019

Mengapa Perlu Cintakan Kesantunan Bahasa

Penulis: Farah Emelis Binti Muhd Affandi

Pada pandangan saya, usaha untuk menjadikan amalan kesantunan bahasa ini suatu kebiasaan dalam diri seseorang adalah sangat penting. Semua orang tidak boleh memandang rendah terhadap perkara ini kerana ia mampu untuk mengubah keadaan masyarakat. Jika masyarakat tidak mementingkan amalan kesantunan bahasa, maka bagaimana kita ingin mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni? Bagaimana kita ingin menjadikan negara kita adalah negara yang selamat dan bebas jenayah? Bagaimana kita ingin menyelamatkan generasi yang akan datang dari pada pengaruh barat? Bagaimana kita ingin menjadikan negara Malaysia standing dengan negara-negara maju? Tepuk dada tanyalah diri sendiri. Adakah kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air kita ingin dipandang seperti “katak di bawah tempurung” yang cetekkan ilmu pengetahuan?  Janganlah kita memalukan negara Malaysia kerana ada sesetengah individu yang tidak menjaga kesantunan bahasanya ketika berinteraksi. Janganlah kita mengamalkan pantun yang berbunyi “kerana nila setitik rosak susu sebelanga”. Tetapi, kita seharusnya menjadi sebutir permata yang bersinar dan menyinarkan bumi Malaysia ini dengan adab dan budi bahasa.

No comments:

Post a Comment