1)Mewujudkan perpaduan di dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita:
Pepatah ada mengatakan ‘Bersatu Teguh Bercerai Roboh”.Pepatah ini membawa maksud bahawa apbila masyarakat bersatu,negara kita akan berkembang dan bebas daripada anasir-anasir luar yang dapat menggugat kestabilan negara.Disini kita dapat kaitkan bahawa masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati orang di sekeliling tidak kira bangsa,agama mahupun warna kulit serta status individu tersebut.apabila wujudnya sifat hormat menghormati,masyarakat akan dapat hidup dengan suasana yang aman dan damai tanpa ada berlakunya pergaduhan atau perbalahan yang boleh merosakkan perpaduan di dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
2)Kesantunan bahasa penting kepada remaja sebagai pelapis kepimpinan negara:
Kesantunan bahasa amat penting kepada remaja muda pada zaman sekarang kerana mereka merupakan generasi pelapis yang bakal memimpin negara.Hal ini menjadikan betapa pentingnya remaja sebagai modal insan kelas pertama yang akan memimpin bangsa untuk mencapai kemajuan pada masa yang akan datang.Pepatah melayu ada mengatakan ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Hal ini membawa maksud nilai-nilai murni seperti bersopan santun,hormat menghormati dan sebagainya perlu dididik dan diserapkan oleh bubapa kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi.
3) Mudah didampingi oleh orang lain:
Seorang individu yang mempunyai budi bahasa yang baik dan bersopan santun dalam setiap perlakuan serta percakapannya akan mudah didampingi oleh orang lain serta mudah untuk mendapat sebarang pertolongan ketika dalam kesusahan.Hal ini kerana,apabila kita mempamerkan sifat terpuji di hadapan orang lain kita akan disegani dan secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia.Kesantunan bahasa juga dapat melahirkan individu yang beretika dalam kehidupan seharian.
4) Dapat menjalinkan ukhuwah yang rapat antara jiran
Kesantunan bahasa dapat menjalinkan hubungan silaturrahim sesama jiran. Kita perlu mempamerkan budi bahasa yang baik di hadapan jiran seperti mengamalkan sikap tolong menolong serta toleransi dengan jiran.namun begitu,pada masa kini manusia lebih mengejar kemajuan dunia sehingga mengabaikan perhubungan dengan komuniti.Budi bahasa perlu dijadikan sebagai asas untuk membentuk semangat kejiranan.Untuk membentuk asas tersebut,budaya gotong-royong, serta kunjung mengunjungi perlu diterapkan didalam diri setiap individu supaya dapat mengekalkan hubungan sesama jiran serta merapatkan ukhuwah.
5) Dapat memajukan sektor pelancongan negara:
Apabila dalam diri seseorang itu mempunyai kesantunan bahasa yang baik ia akan dapat membantu dalam memajukan sektor pelancongan di dalam negara kita.Contohnya,apabila ada pelawat atau pelancong dari negara luar yang datang melancong di tempat kita,kita perlu memberi senyuman yang manis kepada mereka,dan apabila mereka bertanya jalan,kita perlu tunjuk arah jalan dan apabila mereka bertanyakan sesuatu,kita perlu jawab dengan sopan.Hal ini supaya pelancong asing mempunyai pandangan yang poitif terhadap negara kita.
No comments:
Post a Comment