Penulis: Norsyafiza Binti Samsuddin
Payah kami membanting padi
Nenas juga dipetik orang
Payah kami menabur padi
Emas juga dipandang orang
Biarlah orang bertanam buluh
Mari kita menuai padi
Janganlah kita menjemput musuh
Takut kelak memakan diri
Baik-baik makan keladi
Keladi itu ada miangnya
Berhati-hati menerima budi
Kerna budi itu ada cagarannya
Buah pisang dibawa belayar
Dimakan sebiji di atas jeti
Hutang harta boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Friday, September 27, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Kesantunan bahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan...
-
Remaja memainkan peranan yang penting dalam memacu negara pada masa akan datang. Jika mahu melihat corak masa akan hadapan negara, lihatlah...
-
v Teliti ketika memilih kata-kata, intonasi dan gaya. v Merendahkan intonasi ucapan ketika berkata-kata. v Memberi tumpu...
No comments:
Post a Comment