Sumber: Jabatan Agama Islam Perak
Hadis riwayat Aisyah R.A yang bermaksud:
Hadis riwayat Aisyah R.A yang bermaksud:
“Aku dan Rasulullah SAW tidur atas satu hamparan, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid. Darah haidku menitis terkena pada hamparan itu, didapati nabi SAW membasuh tempat titisan tersebut, dan tidak mengalihkan tempat itu, kemudian baginda menunaikan solat disitu. Apabila darahku menitis terkena pakaian baginda, baginda SAW sendiri membasuh tempat yang kena titisan darah itu, dengan tidak mengalihkan tempat lain, kemudian menunaikan solat dengan pakaian itu”
Daripada maksud hadis di atas, kita dapat lihat betapa lunaknya hati nabi SAW dalam menghadapi kesilapan isterinya yang tidak berhati-hati dengan titisan darah haid, sehinggakan ditempat tidur dan juga pakaian nabi pun terkena titisan darah haid itu. Didapati, baginda SAW tidak bertindak memarahi isterinya atas kesilapan tersebut.
Jika diperhatikan semula pada hadis ini, masakan marah, bahkan nabi SAW sendiri bertindak membersihkan titisan darah haid isterinya itu, walaupun jika dilihat kepada tafsiran oleh sebilangan masyarakat kita,ianya dilihat sebagai “jijik” atau tindakan orang yang “takut bini”.
Tindakan nabi SAW ini perlu dijadikan contoh dan tauladan oleh para suami. Iaitu, hendaklah mengambil sikap memahami dan mengerti keadaan isteri. Sebagai suami, dengan kesilapan kecil sebegini tidak selayaknya dijadikan modal untuk memarahi isteri atau mengungkap kalimah “jijik”diahadapan isteri.
Jika keadaan ini mampu dilakukan oleh suami, pasti isteri akan merasakan bahawa mereka disantuni suami mereka sendiri, dan sudah pasti perasaan cinta dan mesra kepada suaminya akan bertambah kuat.
Rujukan: http://jaipk.perak.gov.my/index.php/kisah-dan-tauladan
No comments:
Post a Comment