MENU UTAMA | PENGENALAN | DEFINISI | DALIL | CIRI-CIRI | PUNCA-PUNCA | PUNCA LAIN | KEPENTINGAN |

Monday, September 30, 2019

Pengenalan


      Sebagaimana yang kita ketahui, kesantunan bahasa merujuk kepada nilai sopan ataupun perkara yang melibatkan pertuturan yang elok, halus dan indah serta sikap yang memancarkan budi pekerti mulia. Penutur yang menggunakan strategi kesantunan dalam pertuturan mereka akan menggunakan bahasa yang halus, kata gelaran dan sapaan yang menepati konteksnya. Kata-kata yang diucapkan tidak mempunyai maksud sindiran atau ejekan sebaliknya mengandungi unsur kejujuran, serta menggunakan bahasa yang tidak menyinggung perasaan orang lain yang mendengarnya.

     Kesantunan bahasa seseorang itu boleh dilihat pada tingkah laku dan penggunaan bahasanya. Bahasa yang digunakan bukan hanya menentukan corak budaya tetapi juga menentukan cara dan pola fikir penuturnya. Kesantunan bahasa juga diklasifikasikan sebagai etika social, iaitu sesuatu yang diperlukan untuk mewujudkan keramahan dan penghormatan kepada seseorang tetamu dalam sesebuah masyarakat.

     Oleh itu, kesantunan berbahasa ini perlulah dihayati, diamalkan dan dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Hal ini kerana, kesantunan dalam berbahasa itu sangat penting sama ada dari segi verbal atau non-verbal bagi menjaga nama baik bangsa, agama dan tanah air tercinta. Malahan, kesantunan berbahasa ini juga dapat menjaga hubungan baik kita sesame insan berbagai bangsa serta mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim yang baik dalam kalangan masyarakat.

No comments:

Post a Comment