Remaja memainkan peranan yang penting dalam memacu negara pada masa akan datang. Jika mahu melihat corak masa akan hadapan negara, lihatlah pilihan warna remaja pada masa kini. Begitulah analogi yang menggambarkan jika remaja hari ini bersikap pincang, maka keadaan negara pada masa akan datang masih belum terjamin, begitulah sebaliknya. Tidak dinafikan, remaja semakin kurang santunnya dalam berbahasa, penggunaan bahasa-bahasa yang kesat dalam perbualan seharian.
Terdapat beberapa punca yang menyumbang kepada lunturnya kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat kini:
i)Pengaruh media massa:
Pengaruh media massa yang tidak dapat lagi dibendung, yang secara tidak langsung mempengaruhi minda mereka. Pelbagai program yang disiarkan terutamanya penyiaran budaya luar telah mempengaruhi minda masyarakat kita untuk meninggalkan budi bahasa yang menjadi pegangan masyarakat kita.
ii)Pengaruh Barat:
Tayangan-tayangan rancangan dari Barat , umpamanya mampu memberi kesan negatif kepada masyarakat masa kini yang mudah terpedaya dan mengekalkan sikap ingin mecuba. Sebagai contoh, perkatan-perkatan yang tidak sopan yang selalu ditayangkan di televisyen.
iii)Pengaruh rakan sebaya:
Pengaruh rakan sebaya serta persekitaran. Biasanya remaja yang cepat pengaruh dengan rakan sebaya mereka. Selain itu, pada peringkat remaja, rata-rata tidak mahu hidup dalam keadaan terkongkong dan sentiasa mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu yang baharu. Remaja seperti ini biasanya mengeluarkan bahasa-bahasa yang tidak sopan apabila mereka bertemu atau melepak.
No comments:
Post a Comment