MENU UTAMA | PENGENALAN | DEFINISI | DALIL | CIRI-CIRI | PUNCA-PUNCA | PUNCA LAIN | KEPENTINGAN |

Monday, September 30, 2019

SELAMAT DATANG KE BLOG AZ-ZAHRA....

Terima kasih kerana sudi melawat blog kami... diharapkan blog kami dapat membantu anda untuk menambahkan lagi ilmu tentang kesantunan bahasa..

SELAMAT MEMBACA....

Pengenalan


      Sebagaimana yang kita ketahui, kesantunan bahasa merujuk kepada nilai sopan ataupun perkara yang melibatkan pertuturan yang elok, halus dan indah serta sikap yang memancarkan budi pekerti mulia. Penutur yang menggunakan strategi kesantunan dalam pertuturan mereka akan menggunakan bahasa yang halus, kata gelaran dan sapaan yang menepati konteksnya. Kata-kata yang diucapkan tidak mempunyai maksud sindiran atau ejekan sebaliknya mengandungi unsur kejujuran, serta menggunakan bahasa yang tidak menyinggung perasaan orang lain yang mendengarnya.

     Kesantunan bahasa seseorang itu boleh dilihat pada tingkah laku dan penggunaan bahasanya. Bahasa yang digunakan bukan hanya menentukan corak budaya tetapi juga menentukan cara dan pola fikir penuturnya. Kesantunan bahasa juga diklasifikasikan sebagai etika social, iaitu sesuatu yang diperlukan untuk mewujudkan keramahan dan penghormatan kepada seseorang tetamu dalam sesebuah masyarakat.

     Oleh itu, kesantunan berbahasa ini perlulah dihayati, diamalkan dan dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Hal ini kerana, kesantunan dalam berbahasa itu sangat penting sama ada dari segi verbal atau non-verbal bagi menjaga nama baik bangsa, agama dan tanah air tercinta. Malahan, kesantunan berbahasa ini juga dapat menjaga hubungan baik kita sesame insan berbagai bangsa serta mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim yang baik dalam kalangan masyarakat.

Friday, September 27, 2019

Definisi Kesantunan Bahasa

    Kesantunan bahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Konsep kesantunan berbahasa adalah konsep yang menitikberatkan penuturnya supaya bersopan santun ketika berkomunikasi dengan orang lain. Kesantunan bahasa secara umumnya merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara kita. Kesantunan bahasa dapat dilihat dari segi aspek verbal dan non-verbal. Melalui aspek inilah kesantunan bahasa akan terserlah.

   Kesantunan berbahasa dari segiverbal merujuk kepada percakapan, lisan, dan pertuturan. Kesantunan bahasa verbal perlu dijaga terutamanya ketika sedang berkomunikasi dengan orang lain, bergurau senda atau menyampaikan maklumat kepada orang lain.

    Manakala, kesantunan berbahasa daripada segi non-verbal pula merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, dan bahasa isyarat. Konsep kesantunan berbahasa non-verbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. Sebagai contoh, non-verbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku. Tidak kira sama ada melalui verbal atau non-verbal, konsep kesantunan berbahasa itu perlu ada pada setiap insan di atas muka bumi ini.

Definisi kesantunan bahasa menurut Kamus Dewan (1984)

    Perkataan “kesantunan” membawa maksud halus budi pekerti, beradab atau sopan. Apabila seseorang itu berbahasa dengan santun, penggunaan bahasa adalah secara halus, nilai rasa yang baik, penuh kesopanan, serta berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.


     Kata “bahasa” mempunyai banyak makna, bukan sekadar membawa maksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu lingkungan atau kelompok manusia tetapi kata “bahasa” juga merupakan simpulan bahasa yang membawa maksud”sopan santun”. Jadi, membicarakan bahasa tanpa menyentuh aspek kesantunan bahasa merupakan satu kelompangan yang tidak seharusnya berlaku, lebih-lebih lagi bahasa melayu yang mempunyai falsafah kesopanan yang tinggi yang didasarkan oleh falsafah budi dalam masyarakat melayu.

Antara takrifan lain tentang kesantunan bahasa ialah:

  v  Held:
-kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh dikaji secara empirikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar.
  v  Watts et.al:
-Kesantunan ialah perlakuan bahasa yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan interpersonal dalam kumpulan sosial.
  v  Awang Sarian (2007):
-Kesantunan bahasa ialah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.
  v  Siti Hajar Abdul Aziz (2009):
-Kesantunan bahasa ialah cara penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab.

     Berdasarkan daripada beberapa pentakrifan diatas, dapatlah disimpulkan bahawa kesantunan bahasa merupakan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik dan sentiasa menjaga hati dan  air muka pendengar. Orang melayu yang berpegang pada ajaran Islam meletakkan setiap perlakuan dan tindakan sama ada berbahasa atau bukan bahasa sebagai satu nilai suci yang membolehkan manusia mendapat ganjaran pahala selagi perlakuan menjurus ke arah amar makruf nahi munkar. Oleh itu, setiap perlakuan dan penggunaan bahasa yang datang daripada hati yang ikhlas akan diterima sebagai perlakuan yang baik dan bersopan santun.
        

Dalil-dalil Berkaitan Kesantunan Bahasa

“… dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang baik …”
Surah al-Isra’ 17:53.

“… dan ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia.”
Surah al-Baqarah 2:83

“… dan katakanlah kepada mereka perkataan yang baik.”
Surah an-Nisaa 4:8

… dan lunakkanlah suara engkau. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar (keldai).”
Surah Luqman 31:19

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan pengajaran yang baik”.
Surah an Nahl 16:125

“Maka disebabkan rahmat Allah engkau berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap kasar dan berhati keras tentulah mereka menjauhkan diri dari engkau”.
Surah ali-imran 3:159

Kesimpulannya, kata-kata dan ungkapan yang sopan dan berlemah lembut amatlah penting kerana boleh mempengaruhi seseorang juga melukakan seseorang. Jadilah amalah penting untuk berkata dengan berhemat sebelum bercakap kerana kata-kata juga menggambarkan akhlak seseorang. Islam sendiri juga menyuruh untuk berkata-kata baik seperti sabda rasulullah “berjaga-jagalah kalian daripada api neraka walaupun dengan bersedekah sebelah kurma. Namun sesiapa yang tidak mendapatkan sesuatu yang boleh disedekahkannya, maka ucaplah kata-kata yang baik.”

Ciri-ciri Kesantunan Bahasa

  v  Teliti ketika memilih kata-kata, intonasi dan gaya.
  v  Merendahkan intonasi ucapan ketika berkata-kata.
  v  Memberi tumpuan kepada pendengar ketika berinteraksi dengan mereka.
  v  Gaya dan ragam mestilah tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak.
  v  Bersantun ketika menggunakan system sapaan dan panggilan seperti gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
  v Pemilihan kata mesti sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan antara penutur dengan pendengar.
  v  Bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan walaupun ketika menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya.

  v  Penggunaan bahasa halus, termasuk laras bahasa istana seperti istilah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli, dan sebagainya.

Punca Kesantunan Bahasa Semakin Luntur

Remaja memainkan peranan yang penting dalam memacu negara pada masa akan datang. Jika mahu melihat corak masa akan hadapan negara, lihatlah pilihan warna remaja pada masa kini. Begitulah analogi yang menggambarkan jika remaja hari ini bersikap pincang, maka keadaan negara pada masa akan datang masih belum terjamin, begitulah sebaliknya. Tidak dinafikan, remaja semakin kurang santunnya dalam berbahasa, penggunaan bahasa-bahasa yang kesat dalam perbualan seharian.

            Terdapat beberapa punca yang menyumbang kepada lunturnya kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat kini:

i)Pengaruh media massa:

Pengaruh media massa yang tidak dapat lagi dibendung, yang secara tidak langsung mempengaruhi minda mereka. Pelbagai program yang disiarkan terutamanya penyiaran budaya luar telah mempengaruhi minda masyarakat kita untuk meninggalkan budi bahasa yang menjadi pegangan masyarakat kita.

ii)Pengaruh Barat:

Tayangan-tayangan rancangan dari Barat , umpamanya mampu memberi kesan negatif kepada masyarakat masa kini yang mudah terpedaya dan mengekalkan sikap ingin mecuba. Sebagai contoh, perkatan-perkatan yang tidak sopan yang selalu ditayangkan di televisyen.

iii)Pengaruh rakan sebaya:

Pengaruh rakan sebaya serta persekitaran. Biasanya remaja yang cepat pengaruh dengan rakan sebaya mereka. Selain itu, pada peringkat remaja, rata-rata tidak mahu hidup dalam keadaan terkongkong dan sentiasa mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu yang baharu. Remaja seperti ini biasanya mengeluarkan bahasa-bahasa yang tidak sopan apabila mereka bertemu atau melepak.

Punca-punca Lain Lunturnya Kesantunan Bahasa

i)Ibubapa:

   Faktor-faktor lain yang menyebabkan lunturnya kesantunan bahasa ialah ibu bapa. Ibu bapa merupakan ‘role model’ kepada anak-anak. Maksudnya, apa-apa yang dilakukan oleh ibu bapa akan diikuti anak-anak. Dalam masalah ini, ibu bapa kurang memainkan peranan dalam mendidik anak-anak mengenai budi bahasa. Hal ini bermaksud, ibu bapa hendaklah berbudi bahasa ketika bercakap dengan anak-anak supaya tingkah laku ini dicontohi mereka. Seterusnya, ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan anak-anak. Hal ini akan mendorong anak-anak untuk berkelakuan negatif. Ibu bapa juga terlalu mengharapkan guru/pendidik di sekolah mendidik anak-anak mereka tentang kesantuna bahasa. Ibu bapa tidak sedar bahawa anak-anak itu lebih selesa dengan didikan mereka dan anak-anak mudah mengikuti didikan ibu bapa. Masalah ini juga berpunca daripada ibu bapa yang tidak menekankan aspek budi bahasa dalam diri anak-anak.

ii)Kemajuan Teknologi:

    Seterusnya, kemajuan teknologi juga merupakan punca lunturnya kesantunan bahasa. Seperti yang kita tahu, pada zaman kini, manusia banyak menghabiskan masa dengan media sosial. Tanpa kita sedar, mereka banyak terpengaruh dengan budaya-budaya luar yang tidak baik. Kemajuan teknologi banyak memberi kesan yang negative kepada remaja. Contohnya, dari segi pakaian. Remaja di Malaysia banyak mengikuti cara budaya luar berpakaian. Remaja juga terpengaruh dengan budaya luar yang tak mementingkan budaya budi bahasa.

iii)Diri Sendiri:

    Bukan itu sahaja, lunturnya kesantunan bahsa juga berpunca daripada diri sendiri, remaja atau masyarakat.. Mereka menganggap kesantunan bahasa itu tidak penting dan mereka mengabaikan perkara tersebut. Tanpa mereka sedar, orang yang mengamalkan kesantunan bahasa merupakan orang yang dapat membentuk masyarakat yang harmoni, aman dan damai. Remaja di Malaysia juga mempunyai pengetahuan yang cetek tentang kesatunan bahsa dan lebih bangga dengan budaya luar berbanding budaya sendiri. Masalah ini juga berpunca daripada masyarakat yang kurang didikan agama dan kurang perpaduan negara.

iv)Sekolah:

    Selain itu, punca lunturnya kesantunan bahasa ialah sekolah. Sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk kesantunan bahasa pelajar, kerana mereka banyak menghabiskan masa di sekolah. Puncanya ialah, kempen di sekolah kurang berkesan. Kempen yang tidak berkesan adalah sia-sia dan tidak dapat mengubah apa-apa. Justeru itu, pihak sekolah hendaklah merancang sebaik mungkin jika hendak mengadakan kempen supaya kempen tersebut dapat memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Punca yang seterusnya ialah guru-guru yang kurang menekankan aspek berbudi bahasa dan lebih mengutamakan aspek peperiksaan. Maka dari situ lahirlah masyarakat yang tidak mementingkan kesantunan bahasa.

Kepentingan Menjaga Kesantunan Bahasa

1)Mewujudkan perpaduan di dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita:

       Pepatah ada mengatakan ‘Bersatu Teguh Bercerai Roboh”.Pepatah ini membawa maksud bahawa apbila masyarakat bersatu,negara kita akan berkembang dan bebas daripada anasir-anasir luar yang dapat menggugat kestabilan negara.Disini kita dapat kaitkan bahawa masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati orang di sekeliling tidak kira bangsa,agama mahupun warna kulit serta status individu tersebut.apabila wujudnya sifat hormat menghormati,masyarakat akan dapat hidup dengan suasana yang aman dan damai tanpa ada berlakunya pergaduhan atau perbalahan yang boleh merosakkan perpaduan di dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

2)Kesantunan bahasa penting kepada remaja sebagai pelapis kepimpinan negara:

     Kesantunan bahasa amat penting kepada remaja muda pada zaman sekarang kerana mereka merupakan generasi pelapis yang bakal memimpin negara.Hal ini menjadikan betapa pentingnya remaja sebagai modal insan kelas pertama yang akan memimpin bangsa untuk mencapai kemajuan pada masa yang akan datang.Pepatah melayu ada mengatakan ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Hal ini membawa maksud nilai-nilai murni seperti bersopan santun,hormat menghormati dan sebagainya perlu dididik dan diserapkan oleh bubapa kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi.

3)    Mudah didampingi oleh orang lain:

Seorang individu yang mempunyai budi bahasa yang baik dan bersopan santun dalam setiap perlakuan serta percakapannya akan mudah didampingi oleh orang lain serta mudah untuk mendapat sebarang pertolongan ketika dalam kesusahan.Hal ini kerana,apabila kita mempamerkan sifat terpuji di hadapan orang lain kita akan disegani dan secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia.Kesantunan bahasa juga dapat melahirkan individu yang beretika dalam kehidupan seharian.

4)    Dapat menjalinkan ukhuwah yang rapat antara jiran

 Kesantunan bahasa dapat menjalinkan hubungan silaturrahim sesama jiran. Kita perlu mempamerkan budi bahasa yang baik di hadapan jiran seperti mengamalkan sikap tolong menolong serta toleransi dengan jiran.namun begitu,pada masa kini manusia lebih mengejar kemajuan dunia sehingga mengabaikan perhubungan dengan komuniti.Budi bahasa perlu dijadikan sebagai asas untuk membentuk semangat kejiranan.Untuk membentuk asas tersebut,budaya gotong-royong, serta kunjung mengunjungi perlu diterapkan didalam diri setiap individu supaya dapat mengekalkan hubungan sesama jiran serta merapatkan ukhuwah.

5)    Dapat memajukan sektor pelancongan negara:

     Apabila dalam diri seseorang itu mempunyai kesantunan bahasa yang baik ia akan dapat membantu dalam memajukan sektor pelancongan di dalam negara kita.Contohnya,apabila ada pelawat atau pelancong dari negara luar yang datang melancong di tempat kita,kita perlu memberi senyuman yang manis kepada mereka,dan apabila mereka bertanya jalan,kita perlu tunjuk arah jalan dan apabila mereka bertanyakan sesuatu,kita perlu jawab dengan sopan.Hal ini supaya pelancong asing mempunyai pandangan yang poitif terhadap negara kita.

Teka-teki Kesantunan Bahasa

Penulis: Nik Nur Nadzirah Binti Che Zainal Abidin

 SOALAN

1.     Apakah yang lebih tajam dari pedang?

2.     Perkara apakah yang penting dalam komunikasi?

3.     Benda apakah yang boleh membunuh diri seseorang?

4.     Dalam banyak-banyak benda, benda apakah selalu berkata-kata?

5.     Perkara apakah bila kita tutup dia gelap, bila buka dia cerah?

6.     Perkara apakah bila kita buka dan fahami ia memberi sesuatu?

7.     Benda apakah yang sudah diberikan tetapi tidak digunakan dengan baik?

JAWAPAN 

1. Lidah

2. Kesatunan

3. Kata-kata yang tajam

4. Mulut

5. Mata

6. Buku

7. Akal fikiran

Mengapa Perlu Cintakan Kesantunan Bahasa

Penulis: Farah Emelis Binti Muhd Affandi

Pada pandangan saya, usaha untuk menjadikan amalan kesantunan bahasa ini suatu kebiasaan dalam diri seseorang adalah sangat penting. Semua orang tidak boleh memandang rendah terhadap perkara ini kerana ia mampu untuk mengubah keadaan masyarakat. Jika masyarakat tidak mementingkan amalan kesantunan bahasa, maka bagaimana kita ingin mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni? Bagaimana kita ingin menjadikan negara kita adalah negara yang selamat dan bebas jenayah? Bagaimana kita ingin menyelamatkan generasi yang akan datang dari pada pengaruh barat? Bagaimana kita ingin menjadikan negara Malaysia standing dengan negara-negara maju? Tepuk dada tanyalah diri sendiri. Adakah kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air kita ingin dipandang seperti “katak di bawah tempurung” yang cetekkan ilmu pengetahuan?  Janganlah kita memalukan negara Malaysia kerana ada sesetengah individu yang tidak menjaga kesantunan bahasanya ketika berinteraksi. Janganlah kita mengamalkan pantun yang berbunyi “kerana nila setitik rosak susu sebelanga”. Tetapi, kita seharusnya menjadi sebutir permata yang bersinar dan menyinarkan bumi Malaysia ini dengan adab dan budi bahasa.

CERPEN : Sifat Baik Disukai Ramai

Penulis: Nor Atiramunirah Binti Ahmad Asri

Airin seorang mahasiswi yang sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara. Dia merupakan seorang pelajar yang sangat rajin, peramah, suka tolong-menolong, lemah lembut dan bersopan santun. Sikapnya yang baik itu membuatkan dirinya disenangi oleh orang ramai bukan dikalangan rakan-rakannya sahaja malah dikalangan pensyarah-pensyarah juga.

Suatu hari ketika Airin sedang berjalan menuju ke kafe:

“Airin…Airin….Arinnn…” panggil seorang rakannya.
“Yaa saya, kenapa Anis?”
“Saya nak mintak tolong awak ajarkan saya subjek nie boleh?. Saya kurang faham lahh..heheheheh…”
“Ouh boleh je… jom lah kita pergi kafe, nanti saya ajar awak”

Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba terdapat seorang pelajar perempuan yang sedang memegang segelas air terlanggar Airin dan menyebabkan air itu tertumpah terkena tudung Airin.

“Maafkan saya…saya tak sengaja terlanggar awak..saya tergesa-gesa waktu berjalan tadi.. habis basah tudung awak .”
“Eh tak mengapa, saya maafkan awak.”
“Awak tak marah ke?”
“Buat apa saya nak marah…kan awak tak sengaja terlanggar saya..tak apa nanti tudung ni kering lah. Cuma nanti awak kena lebih berhati – hati tau bila berjalan supaya tak terkena dekat orang lain pulak.”
“Okey awak…”

Airin dan rakannya duduk di meja kafe sambil berbual-bual. Sedang Airin mengajar rakannya, Anis bertanya kepada Airin :

“Airin, kenapa tadi awak tak marah je dia?”
“Siapa? Ouhh pelajar yang langgar saya tu ke?”
“Ye laa”
“Buat apa saya nak marah dia? Kan dia dah minta maaf dekat saya…lagipun dia tak sengaja terlanggar saya..,sedangkan Allah SWT pun ampunkan umatnya, kita yang manusia biasa ni tak kan tak boleh nak maafkan kesalahan orang lain kan..?”
“Heheheh…betul juga cakap awak..Baguslah awak ini..kan best kalau ramai orang ada sifat macam awak..”
“Heheehe..ada-ada ja awak ni..dah jom sambung buat latihan ni..tadi awak suruh saya ajar awak kan…”

Maka mereka pun sambung belajar dan membuat latihan tersebut.

Nilai murni daripada cerita ini:

   1)      Sentiasa mengamalkan akhlak yang baik dan bersopan santun agar diri kita disenangi oleh orang lain.
  
   2)      Sentisa meminta maaf apabila melakukan kesilapan supaya tidak berlaku pergaduhan atau perselisihan di kemudian hari.

   3)      Sentiasa belajar untuk memaafkan kesalahan orang lain agar hati sentiasa tenang.


   4)       Jangan biarkan perasaan marah menguasai diri, kelak akan memberi kesan yang buruk terhadap diri sendiri.

PANTUN BUDI

Penulis: Norsyafiza Binti Samsuddin

Payah kami membanting padi
     Nenas juga dipetik orang
Payah kami menabur padi
     Emas juga dipandang orang

Biarlah orang bertanam buluh
     Mari kita menuai padi
Janganlah kita menjemput musuh
    Takut kelak memakan diri

Baik-baik makan keladi
    Keladi itu ada miangnya
Berhati-hati menerima budi
    Kerna budi itu ada cagarannya

Buah pisang dibawa belayar
    Dimakan sebiji di atas jeti
Hutang harta boleh dibayar
    Hutang budi dibawa mati

Syidatina Fatimah, Penghulu Wanita Syurga

Sumber: Jabatan Agama Islam Perak

Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.
Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajat dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.
Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.
Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.
Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.
Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.
Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.
Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.
"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.
Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.
Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.

Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.

Rujukan: http://jaipk.perak.gov.my/index.php/kisah-dan-tauladan


Kisah Siti Masyithah (Tukang Sisir Anak Fir’aun)

Sumber: Jabatan Agama Islam perak

Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.Masyitah walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.
Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyitah terlatah dan berkata “Innalillahi Wainnailaihi Raji’un!”. Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia bertanya, “Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?” Jawab Masyitah, “Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah.” Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. “Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku.” Masyitah bertegas dan mengatakan, “Pergilah kau beritahu bapa engkau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah.”
Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyitah, dia menjadi murka dan memanggil Masyitah. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyitah tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyitah dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya. Keesokannya, keluarga Masyitah dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua ahli keluarga Masyitah termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyitah tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.

Keimanan Masyitah tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut. Melihatkan iman Masyitah tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyitah seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu.
Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyitah menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyitah meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Allah SWT, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, “Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu.” Masyitah dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata.
Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyitah menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyitah ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyitah dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya
Demikianlah hebatnya Masyitah mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi SAW sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibrail AS menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyitah dan keluarganya.
Rujukanhttp://jaipk.perak.gov.my/index.php/kisah-dan-tauladan

Kisah Rasulullah dengan Pengemis Buta

Sumber: Jabatan Agama Islam Perak

“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.

Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan namun ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.

Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. begitulah kegiatan pengemis tersebut setiap harinya, selalu penuh caci maki dan hinaan terhadap Rasululah SAW.

Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda lalu menuju pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.

Pengemis buta Yahudi tidak pernah bertanya-tanya siapakah yang menyuapkan makanan tersebut ke mulutnya. pengemis itu begitu senang dan berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya. hanya itu yang dia pikirkan.

Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda Muhammad SAW wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada siapapun yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap paginya.
Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk menanyakan perihal sesuatu kepadanya.

“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra kepada Aisyah.

“Ayahandaku, boleh dikatakan apa saja yang Rasulullah SAW lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.

“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”

“Setiap pagi Rasulullah selalu membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak wafatnya Rasulullah, sudah tentu tidak ada lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.

“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.



Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.

“Hei… Siapakah kamu? Berani sekali kamu menyuapiku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaannya.

“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Sayidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.

“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu jauh lebih lembut dan sopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuapkan ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah saat hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Sayidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.

“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Sayidina Abu Bakar ra sambil menyapu air matanya yang sedih.

“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.

“Dia ialah Muhammad Rasulullah SAW. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas SaYidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.

“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.

“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu SaYidina Abu Bakar ra. pengemis itu pun menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.

“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.

“Ya benar. Kamu tidak percaya?”

“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis terdesak-desak.

“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pergi meninggalkan kita,” beritahu Sayidina Abu Bakar ra.

“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadat dan aku memohon ampunan Allah SWT,” ujar pengemis buta itu.

Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Sayidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah.


Rujukan: http://jaipk.perak.gov.my/index.php/kisah-dan-tauladan

Kisah Rasulullah SAW:Tidak Marah Ketika Isteri Melakukan Kesilapan

Sumber: Jabatan Agama Islam Perak

Hadis riwayat Aisyah R.A yang bermaksud:
“Aku dan Rasulullah SAW tidur atas satu hamparan, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid. Darah haidku menitis terkena pada hamparan itu, didapati nabi SAW membasuh tempat titisan tersebut, dan tidak mengalihkan tempat itu, kemudian baginda menunaikan solat disitu. Apabila darahku menitis terkena pakaian baginda, baginda SAW sendiri membasuh tempat yang kena titisan darah itu, dengan tidak mengalihkan tempat lain, kemudian menunaikan solat dengan pakaian itu”

     Daripada maksud hadis di atas, kita dapat lihat betapa lunaknya hati nabi SAW dalam menghadapi kesilapan isterinya yang tidak berhati-hati dengan titisan darah haid, sehinggakan ditempat tidur dan juga pakaian nabi pun terkena titisan darah haid itu. Didapati, baginda SAW tidak bertindak memarahi isterinya atas kesilapan tersebut.

   Jika diperhatikan semula pada hadis ini, masakan marah, bahkan nabi SAW sendiri bertindak membersihkan titisan darah haid isterinya itu, walaupun jika dilihat kepada tafsiran oleh sebilangan masyarakat kita,ianya dilihat sebagai “jijik” atau tindakan orang yang “takut bini”.

     Tindakan nabi SAW ini perlu dijadikan contoh dan tauladan oleh para suami. Iaitu, hendaklah mengambil sikap memahami dan mengerti keadaan isteri. Sebagai suami, dengan kesilapan kecil sebegini tidak selayaknya dijadikan modal untuk memarahi isteri atau mengungkap kalimah “jijik”diahadapan isteri.

    Jika keadaan ini mampu dilakukan oleh suami, pasti isteri akan merasakan bahawa mereka disantuni suami mereka sendiri, dan sudah pasti perasaan cinta dan mesra kepada suaminya akan bertambah kuat.

Rujukan: http://jaipk.perak.gov.my/index.php/kisah-dan-tauladan

Video Sederhana Yang Mengingatkan Kita Tentang Pentingnya Komunikasi Dal...

Film Animasi Pendidikan Karakter : Anak Anak Belajar Sopan Santun

VIDEO SIMULASI KEMAHIRAN KESANTUNAN BERBAHASA (SOPAN SARANGHAE)~ LMCR 2442